Friday 12 April 2013


AsSaLaMuaLaiKum :)

Alhamdulilah , dapat kita bersua kembali dalam bisikan sang hati ,

Taqia mohon pada Allah , agar kita semua berada dalam nikmat iman dan islam , insyaAllah ,

Bukan mudah untuk kita terus berada dalam jalan yang lurus , betol tak ??

Ya .. memang payah , getir dan sukar untuk sentiasa kekal , tapi memang itulah hakikatnya , jalan menuju ke syurga Allah adalah jalan yang sangat berharga tapi penuh pancaroba ,

saya memang bukan orang yang sentiasa dapat mengikuti tarbiyah , tetapi hati ini begitu tertarik dan ingin sekali , 
YA RABB ... tnjukan lah aku

walaupun tak dapat join program tarbiyah ke or apa2 lah kan , tapi kite still ada sumber2 lain yang boleh dijadikan rujukan ,

so , kali ini taqia nak sharing2 NOTA TARBIYAH ..

bila baca pasal nota ini , hati rasa tertarik nak bagi tahu kat semua juga , 

ok2 , tak nak bebel panjang2 , jom baca ..!! :)






“ Tanamkanlah dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan untuk berjuang di jalan Allah SWT.’’ 
Dr Abdullah Azzam

Nota Tarbiyah - ingin membawa kita menyusuri semula akan hakikat tarbiyah (pendidikan) diri kita. Kita semua hajatkan kepada proses ini kerana tanpanya keimanan kita tidak akan sejahtera dan kuat.
Bahkan, dibimbangi akan terus malap, gersang dan kian rosak.

Semalam, murabbi dalam perjumpaan mingguan menyentuh suatu perkara. Katanya buat renungi kita semua :
“ Hari ini, ana lihat – dikalangan adik-adik, muda-mudi dan anak-anak kita banyak membincangkan soal perkahwinan dan kahwin sahaja. Lihatlah, facebook dan blog mereka. Apa yang dibincangkan.”
Seumpama, tiada perkara lain yang lebih aula (utama)  dan penting untuk dibincangkan. Tidak salah, namun seolah-olah itulah corak dan pemikiran yang mampu mereka fikirkan. Tiada agenda yang lebih besar.Sebagai individu yang melalui proses ini, lebih banyak perkara besar yang harus kita fikirkan. Tanyalah diri kita, soallah hati kita dan jujurlah dengan keadaan jiwa kita.
” Sudahkah kita memahami, meneliti dan membincangkan bahan-bahan serta buku-buku yang dapat memperingkatkan kefahaman kita tentang Islam?”
Jika ya, soal semula. Sudah berapa banyak buah buku ulama muktabar yang dibelek-belek, ditelaahi dan dibaca? Sudah ia dihadam, difahami  dan dibincangkan serta dirumuskan bersama rakan-rakan?
Tersentak kami semalam, banyak sungguh perkara yang disoal dan ditanyakan murabbi yang membuatkan semua terdiam membisu. Bukan segan atau hormat kepada yang lebih berusia semata-mata.
Tetapi, kerana kami tidak tahu. Allah!

Lalu, pelbagai soalan dan muhasabah menerjah minda kami.Masa-masa yang berlalu, dengan aktiviti apakah ia dimanfaatkan? Adakah untuk tujuan peningkatan amal dan diri? Atau menghabis masa dengan dunia online seperti facebook, twitter, blogger dan sebagainya? Atau dengan dunia bacaan novel-novel cintan atau permainan gamers?
Bagaimana dengan Al-Quran? Adakah setiap hari jiwa ini mendapat sentuhan rohani daripadanya.
Bagaimana dengan zikrullah? Pernahkah melaziminya dalam setiap detik kehidupan.
Bagaimana dengan amalan-amalan sunnat yang lain? Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah SAW atau dakwaan kosong?
Bagaimana dengan usaha dakwah? Adakah ia hanya retorik semata-mata?

Kata murabbi :
 “ Wahai anak-anak muda, antum perlu perkukuhkan diri antum. Kukuhkan ia dengan hubungan dengan Allah SWT.Persiapan diri dan persediaan hati sekarang ini juga. Carilah kekuatan melalui ibadah qiamullail, membaca Al-Quran dan berdakwah!.”
Antum perlu meningkat dan meningkat. Berkembang, berkembang dan terus berkembang.”

Menjadi pokok yang kukuh akarnya,batang yang teguh, dahan yang kuat, dedaunan yang menghijau serta hidup subur memberikan manfaat kepada sekelilingnya.

Terfikir panjang kami semalam. Allah! – Lalainya kami, lemahnya kami serta alpanya kami. Hal tarbiyah ini harus dilihat secara bersistem, serius dan terus menerus dengan konsisten.
Saya, meneliti semula sebuah taujih tulisan Dr Radwan Muhammad Sobhi mengenai tarbiyah. Susunan dan penjelasannya mengenai tarbiyah sangat mengesani dan mudah difahami. Justeru, marilah sama-sama kita semak. InsyaAllah.
Katanya :
Tarbiyah bermaksud pengembangan, iaitu peningkatan. Diriwayat oleh seorang teman Imam Ahmad bin Hanbal, yang menggambarkan kehidupan Imam, ia berkata: “Demi Allah, saya telah bersahabat dengannya selama dua puluh tahun, sama ada musim panas atau musim sejuk, ketika cuaca panas atau sejuk, pagi dan petang, apa yang saya dapati pada setiap hari beliau lebih baik dari sebelumnya”.

Tarbiyah juga bermaksud penjagaan dalam ertikata menjaga, membangun dan hidup bersama (muayasyah).
Disebutkan dari guru terbilang Imam al-Ghazali rahimahullah, ia berkata :
“ Tarbiyah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi”.
Rumusan dari apa yang mereka katakan tentang tarbiyah, ialah pengosongan dengan menghapuskan setiap perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dan akhlak Islam, dan memenuhi tempat yang kosong dengan meletakkan nilai-nilai dan akhlak Islam sebagai tempat yang tertinggi, dan tiba tugasan ketiga iaitu mengukuhkan; dengan makna memelihara dan mempertahankan lanjutan proses pengosongan.
Para murabbi mengatakan bahawa tarbiyah bererti seni berurusan yang bertahap dengan jiwa manusia, untuk membawanya kepada kesempurnaan.

Penutup : Apa kesimpulannya :
Tarbiyah itu menuntut kepada peningkatan dan pengembangan. Langkah-langkah melalui proses tarbiyah ialah

Satu,
Kosong dan hapuskan rawasib (karat-karat) jahiliyah dalam diri
Dua,
digantikan dengan nilai-nilai Islam yang tertinggi
Tiga,
perlu sentiasa – Mengukuhkan, menjaga dan memeliharanya sehingga mencapai kesempurnaan.
Itulah, tarbiyah. Usaha dan kerjanya terus menerus sehingga kita kembali bertemu Allah SWT. Ramai kata susah, payah dan getir.
Ya, itulah kaedahnya. Jalan menuju Allah SWT dalam meraih syurga sememangnya begini coraknya. Para Rasul, Nabi, Sahabat, Tabiin, para ulamak, pejuang Islam dan semuanya telah melalui corak ini. Sekiranya, kita tidak berada dalam track ini – bermakna kita telah berada pada penyimpangan yang NYATA..!




TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBACA

" BISIKAN SANG HATI"

RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL :)


No comments:

Post a Comment