Wednesday 4 September 2013

Kenapa bertangguh ??


Haa..! da jawab salam kat atas tu belum ?? tak jawab dosa .. ;)
Actually bukan apa saja nak bagi pembaca dapat pahala free 

Setelah sekian lama blog ni bersarang , kini cuba untuk kembali bersinar ,,cak..!!
sedikit penyesalan kerana dah nak tamat cuti sem baru nak aktif blog , huhu , bukan sebab ap pun cume takde masa tu ada la jugak , and lagi 1 masalah besar die .. SUKE SANGAT BERTANGGUH..
bahaye budak ni ,, hehe

okey , insyaAllah , tu cerita lepas , doakan tau kite same2 berubah kepada yang lebih baik

sebenarnya pelik jugak kan , kita ni memang jenis mahluk yang suke bertanguh ke .....
- esok lusa lah telefon mak ayah
- kejap lagi la baru cari bahan untuk assigment , sekarang nak layan cerita korea jap
- nanti da kaya baru aku bersedekah ..
- bila rumah da siap hias cantik2 baru aku nak solat
- esok je la aku puasa 6 ,, hari ni macam malas je rase :P



disebabkan penaguhan ini lah banyak kebaikan hanya tinggal impian or angan2 or niat sahaje..
kenapa kita tak nak manfaat kan waktu yang Allah bagi kat kite , seperti yang kita tahu '' Lakukan ibadah dan amal kebaikan umpama kita mahu mati sekejap lagi dan cari lah rezeki umpama kita akan hidup 100 tahun lagi ''

Kita patut perhatikan & contohi macam mane Sayidina Abu Bakar as-Siddiq guna kan masa sebaik-baik nya untuk menjadi seorang muslim. Ada dalam satu hadis tu ceritakan tentang Abu Bakar ni , dia pagi2 lagi bangun niat nak puase , lepas tu membantu mengiringi jenazah , bagi makan dekat orang miskin dan menziarahi orang sakit , pada satu pagi sahaja Sayidina Abu Bakar dah buat amal kebajikan.

Kita pula macam mana ?? 

Astaugfirullah.. kadang2 taqia pun tak dapat buat macam tu di pagi hari , kerana melayan perasaan malas ,
jadi cubalah kita fikirkan semula , pagi-pagi tu kalau kita tidak mampu sedekahkan wang ringgit atau harta benda kita boleh sedekah kan doa , al-fatihah , senyuman yg manis :)
kemas rumah , masakan sarapan untuk mak ayah and adik2 kalau dah kawin untuk suami pulak , hehe , buat semua tu untuk cari redha Allah , mesti best kan ??
dan kalau kita berada jauh dari mak ayah , sebelum kita nak study or buat assigment kite telefon mak ayah , dapat dengar suara gembira mereka , dapat senang kan hati mereka , ya Allah , indahnya hari ku jika begitu .



Banyak lagi kebaikan yang boleh kita buat , sebab esok belum tentu jadi milik kita ..

so ,, jangan bertangguh lagi , ingatan buat diri sendiri :)

WASALAM

Friday 10 May 2013

Saya Budak Baru Belajar :)


بسم الله الرحمن الرحيم


Haaa...! Nampak x bertapa berapinya,, hehe
itu lah namanya semangat nak SUCCESS,,
OK.. sekarang apa kait mengaitnya tajuk dgn gmbar kat atas ni , hehe

saya budak baru belajar buat benda2 camni , so saja nak share kat semua , kita kena buktikan pada diri sendiri pon sudah cukup , yang kita mampu untuk melakukan sesuatu itu , Allah ada untuk tolong kita :)

time first2 nak buat dulu , macam2 terlintas dalan kepala , "haish , susahnya.." " boleh ke aq buat ni..huhu" . tapi benda ni semua kita mampu , just set in you mind ,,and say " I CAN DO IT ..!!"

so..all the best utk semua , semoga berjaya , chaiyok2x..!

Wassalam :)

UJIAN RAHSIA ALLAH :)

ASSALAMUALAIKUM
بسم الله الرحمن الرحيم

Rasanya da lama x update blog ni , hehe .. 
hmm , banyak sangat benda nak share sebenarnya , sampai da tak taw nak habaq lagu mana nih.. 

ok lah , kita mula sikit2 dulu ..
Lumrah , setiap manusia di muka bumi ini akan diuji oleh Allah , tipu sangat lah kan kalau ada orang tu kate aq xpernah ditimpa musibah . Ujian Allah ni datang dalam pelbagai bentuk , dan tujuan Allah uji tu , sama je sebenarnya.. betul x ??

Kenapa Allah uji kita ?? Allah mempunyai rahsia sendiri , sama ada Allah nak tambah iman kita or nak lihat sjauh mana iman kita ni .


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita 
harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tapi ingat lah 1 bnda Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu , Nampak x ?? bertapa kasihnya Allah pada kita .

Oleh itu , bersyukur lah atas segala apa yang Allah beri pada kita , tak kisah lah benda tu baik ke kurang baik ke , tapi segalanya telah di rancang oeh Allah . 

Nukilan insan yang banyak kekurangan :)

Wednesday 17 April 2013

ASSALAMUALAIKUM :)





1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.


2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.





4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.



7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.
9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.


10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com




terima kasih semua :)
Alhamdulilah

Friday 12 April 2013


AsSaLaMuaLaiKum :)

Alhamdulilah , dapat kita bersua kembali dalam bisikan sang hati ,

Taqia mohon pada Allah , agar kita semua berada dalam nikmat iman dan islam , insyaAllah ,

Bukan mudah untuk kita terus berada dalam jalan yang lurus , betol tak ??

Ya .. memang payah , getir dan sukar untuk sentiasa kekal , tapi memang itulah hakikatnya , jalan menuju ke syurga Allah adalah jalan yang sangat berharga tapi penuh pancaroba ,

saya memang bukan orang yang sentiasa dapat mengikuti tarbiyah , tetapi hati ini begitu tertarik dan ingin sekali , 
YA RABB ... tnjukan lah aku

walaupun tak dapat join program tarbiyah ke or apa2 lah kan , tapi kite still ada sumber2 lain yang boleh dijadikan rujukan ,

so , kali ini taqia nak sharing2 NOTA TARBIYAH ..

bila baca pasal nota ini , hati rasa tertarik nak bagi tahu kat semua juga , 

ok2 , tak nak bebel panjang2 , jom baca ..!! :)






“ Tanamkanlah dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan untuk berjuang di jalan Allah SWT.’’ 
Dr Abdullah Azzam

Nota Tarbiyah - ingin membawa kita menyusuri semula akan hakikat tarbiyah (pendidikan) diri kita. Kita semua hajatkan kepada proses ini kerana tanpanya keimanan kita tidak akan sejahtera dan kuat.
Bahkan, dibimbangi akan terus malap, gersang dan kian rosak.

Semalam, murabbi dalam perjumpaan mingguan menyentuh suatu perkara. Katanya buat renungi kita semua :
“ Hari ini, ana lihat – dikalangan adik-adik, muda-mudi dan anak-anak kita banyak membincangkan soal perkahwinan dan kahwin sahaja. Lihatlah, facebook dan blog mereka. Apa yang dibincangkan.”
Seumpama, tiada perkara lain yang lebih aula (utama)  dan penting untuk dibincangkan. Tidak salah, namun seolah-olah itulah corak dan pemikiran yang mampu mereka fikirkan. Tiada agenda yang lebih besar.Sebagai individu yang melalui proses ini, lebih banyak perkara besar yang harus kita fikirkan. Tanyalah diri kita, soallah hati kita dan jujurlah dengan keadaan jiwa kita.
” Sudahkah kita memahami, meneliti dan membincangkan bahan-bahan serta buku-buku yang dapat memperingkatkan kefahaman kita tentang Islam?”
Jika ya, soal semula. Sudah berapa banyak buah buku ulama muktabar yang dibelek-belek, ditelaahi dan dibaca? Sudah ia dihadam, difahami  dan dibincangkan serta dirumuskan bersama rakan-rakan?
Tersentak kami semalam, banyak sungguh perkara yang disoal dan ditanyakan murabbi yang membuatkan semua terdiam membisu. Bukan segan atau hormat kepada yang lebih berusia semata-mata.
Tetapi, kerana kami tidak tahu. Allah!

Lalu, pelbagai soalan dan muhasabah menerjah minda kami.Masa-masa yang berlalu, dengan aktiviti apakah ia dimanfaatkan? Adakah untuk tujuan peningkatan amal dan diri? Atau menghabis masa dengan dunia online seperti facebook, twitter, blogger dan sebagainya? Atau dengan dunia bacaan novel-novel cintan atau permainan gamers?
Bagaimana dengan Al-Quran? Adakah setiap hari jiwa ini mendapat sentuhan rohani daripadanya.
Bagaimana dengan zikrullah? Pernahkah melaziminya dalam setiap detik kehidupan.
Bagaimana dengan amalan-amalan sunnat yang lain? Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah SAW atau dakwaan kosong?
Bagaimana dengan usaha dakwah? Adakah ia hanya retorik semata-mata?

Kata murabbi :
 “ Wahai anak-anak muda, antum perlu perkukuhkan diri antum. Kukuhkan ia dengan hubungan dengan Allah SWT.Persiapan diri dan persediaan hati sekarang ini juga. Carilah kekuatan melalui ibadah qiamullail, membaca Al-Quran dan berdakwah!.”
Antum perlu meningkat dan meningkat. Berkembang, berkembang dan terus berkembang.”

Menjadi pokok yang kukuh akarnya,batang yang teguh, dahan yang kuat, dedaunan yang menghijau serta hidup subur memberikan manfaat kepada sekelilingnya.

Terfikir panjang kami semalam. Allah! – Lalainya kami, lemahnya kami serta alpanya kami. Hal tarbiyah ini harus dilihat secara bersistem, serius dan terus menerus dengan konsisten.
Saya, meneliti semula sebuah taujih tulisan Dr Radwan Muhammad Sobhi mengenai tarbiyah. Susunan dan penjelasannya mengenai tarbiyah sangat mengesani dan mudah difahami. Justeru, marilah sama-sama kita semak. InsyaAllah.
Katanya :
Tarbiyah bermaksud pengembangan, iaitu peningkatan. Diriwayat oleh seorang teman Imam Ahmad bin Hanbal, yang menggambarkan kehidupan Imam, ia berkata: “Demi Allah, saya telah bersahabat dengannya selama dua puluh tahun, sama ada musim panas atau musim sejuk, ketika cuaca panas atau sejuk, pagi dan petang, apa yang saya dapati pada setiap hari beliau lebih baik dari sebelumnya”.

Tarbiyah juga bermaksud penjagaan dalam ertikata menjaga, membangun dan hidup bersama (muayasyah).
Disebutkan dari guru terbilang Imam al-Ghazali rahimahullah, ia berkata :
“ Tarbiyah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi”.
Rumusan dari apa yang mereka katakan tentang tarbiyah, ialah pengosongan dengan menghapuskan setiap perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dan akhlak Islam, dan memenuhi tempat yang kosong dengan meletakkan nilai-nilai dan akhlak Islam sebagai tempat yang tertinggi, dan tiba tugasan ketiga iaitu mengukuhkan; dengan makna memelihara dan mempertahankan lanjutan proses pengosongan.
Para murabbi mengatakan bahawa tarbiyah bererti seni berurusan yang bertahap dengan jiwa manusia, untuk membawanya kepada kesempurnaan.

Penutup : Apa kesimpulannya :
Tarbiyah itu menuntut kepada peningkatan dan pengembangan. Langkah-langkah melalui proses tarbiyah ialah

Satu,
Kosong dan hapuskan rawasib (karat-karat) jahiliyah dalam diri
Dua,
digantikan dengan nilai-nilai Islam yang tertinggi
Tiga,
perlu sentiasa – Mengukuhkan, menjaga dan memeliharanya sehingga mencapai kesempurnaan.
Itulah, tarbiyah. Usaha dan kerjanya terus menerus sehingga kita kembali bertemu Allah SWT. Ramai kata susah, payah dan getir.
Ya, itulah kaedahnya. Jalan menuju Allah SWT dalam meraih syurga sememangnya begini coraknya. Para Rasul, Nabi, Sahabat, Tabiin, para ulamak, pejuang Islam dan semuanya telah melalui corak ini. Sekiranya, kita tidak berada dalam track ini – bermakna kita telah berada pada penyimpangan yang NYATA..!




TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBACA

" BISIKAN SANG HATI"

RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL :)


Thursday 11 April 2013

aSsaLamUaLaiKum . . .

Haa...! apa khabar semua ..
kalau sihat baru boleh baca blog I, kalau tak baik pegi rest kan mata and badan tu :)

nak kate da lame xupdate , tak de lah lame sangat , cume blog da lain skit , hehe
saje buat pembaharuan , utuk belajar benda baru , ye tak ??

okey , hari ni nak share skit , adalah sdikit input ilmu nanti yang korg dapat , cehhh ;)
kalau nak tau , kerja tengah berderet sekarang ni ,
ikutkan hati dan perasaan , mmg xnk buat benda lain , nak stay je depan kerja , hehe
tapi , kalau terus macam tu je , memang boleh tension ,,!!

korang sume nak tahu tak ?? kalau tak nak tahu pn I tetap nak taip jugak ..hee
taqia belajar sesuatu , iaitu ,
ORANG YANG BERJAYA , ADALAH ORANG YANG DAPAT MENGAWAL HAWA NAFSU SENDIRI , 




Actually , kita boleh kaitkan dengan kehidupan seharian kita , 
dari bangun pagi , haa...!! bangun pagi jam berapa semua ??
nak buat kerja rumah , kalau malas mesti dduk je tengok tv , tak pun melengkor atas katil
assigment , kalau tak leh kawal , memang kerja asik nak bukak fb je laa , lau dapat info dari situ utuk buat assigment takpe gak , hee

taqia pun pernah buat jugak , tapi setiap orang yang melakukan kesilapan adalah sangat baik apabila dia menyedari nya dan nak berubah.. :)

okey lahh , taqia tak boleh lame2 , 
banyak benda len nak buat , puihhh...!

akhir kalam....

taqia bagi pesanan sikit , sentiasa lah mule kan semua kerja kite dengan :-

- bismillah & niat kerana Allah
- banyak2 ber istigfar :)
- kalau kite rase malas sangat / tak bersemangat , fikirknlah tentang masa depan , apa kejayaan yang nak kita capai , insyaAllah , Dia akan selalu tlong kita


kita kena igat , walaupun Allah selalu bagi kita ujian and dugaan , tapi Allah tak pernah tingalkan kita sorang2
Allah akan selalu ada waktu kita perlukan

- so lastly , banyak kan berdoa , bukan sambil lewa , tapi bersungguh2 , ( tu my mum pesan )

ok , thanks 4 read
jumpe lagi di dalam BISIKAN SANG HATI :)

WASALAM..

Saturday 6 April 2013


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)

 



- semoga kita mendapat kebahagian yang hakiki..
selamat bercuti kawan2 , bercuti bersama assigment dan books :)